Monday, 30 January 2017

Fungsi dan Peranan Stesen Penyelidikan Marin Bachok

1. Untuk memajukan kajian lanjut dan kajian gunaan dalam bidang sains samudera dan bumi, khususnya penggunaan sumber marin dan bioteknologi marin , proses persisiran pantai dan kejuruteraan ekologi , sains persekitaran seperti perubahan iklim serta kajian purba dan sejarah setempat.

2. Untuk menarik kepakaran dari kalangan para penyelidik dari dalam dan luar negara melalui kerjasama dengan saintis IOES

3. Menyediakan maklumat dan pemahaman nilai persekitaran marin dan persisiran pantai dan mendidik komuniti setempat untuk penghargaan, penggunaan lestari, dan pemulihan ekosistem pantai dan marin dan sumbernya. 

4. Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk pembangunan dan ujian 'pilot-scale' teknologi kejuruteraan pantai yang baru untuk mengelakkan kawasan persisir pantai daripada hakisan, kenaikan paras laut dan tsunami.

5. Menjadi sebagai pusat UM untuk pemindahan teknologi membasmi kemiskinan untuk masyarakat pesisir, dengan memberi tumpuan kepada penduduk ECER.

6. Menjadi 'pintu masuk' (gateway) untuk penyelidikan lautan saintifik terbuka di Laut China Selatan.

7. Menjadi Pusat kajian udara-laut dan monsun.

No comments:

Post a Comment